Wednesday, August 27, 2008

Koleksi Buku Remaja Awal Lelaki (12 hingga 17 tahun)

Tawanan Bukit Belumut
Jumlah Muka surat : 192

Sekumpulan anak muda yang terdiri daripada 5 orang pemuda yang suka melakukan ekspedisi.Kali ini mereka ingin menakluki Bukit Belumut yang dikatakan agak mencabar. Ekspedisi mereka bertukar menjadi tragedi apabila mereka pula terlibat dalam satu kes penculikan. Penculik itu berjaya menangkap salah seorang daripada mereka. Dapatkah mereka menyelamatkan rakan mereka yang ditawan itu.
Harga : RM14.00



Terdampar di Pulau Asing
Jumlah Muka surat : 208

Profesor di universiti Haikal belajar mengarahkan Haikal pergi Pulau Sedaya bagi menyelidik kawasan itu kerana mereka merancang mengadakan ekspedisi di situ. Haikal mengajak empat orang rakan-rakannya. Semasa meninjau di sekitar Pualu Sedaya, mereka menemui sebuah gua yang dijadikan tempat simpanan ubat batuk. Mereka bertekad menyiasat perkara itu. Usaha mereka cuba digagalkan oleh kumpulan penyeludup. Bot yang mereka naiki sengaja dirosakkan. Kebetulan ribut melanda. Mereka terdampar di sebuah pulau asing. Selepas menghadapi pelbagai rintangan, mereka berjaya menumpaskan kumpulan penyeludup dan pulang ke pangkuan keluarga.

Harga : RM14.00


Budak Psikik
Jumlah Muka surat : 160

Tanpa disedari, Aizad dikurniakan satu kuasa misteri.
Tiba-tiba, dia dapat membaca fikiran dan mengetahui
apa yang bakal terjadi.
Kuasa itu membawa Aizad ke alam supraconscious yang
menimbulkan seribu persoalan dalam dirinya.
Apakah AINI? Siapa pula Maximus? Apa kaitannya dengan MENSA dan Defense Intelligence Agency?
Siri ini akan membawa pembaca mengembara bersama Aizad di alam supraconscious yang tiada sempadan.
Harga : RM13.50


Budak Psikik : Dendam Hevignas
Jumlah Muka surat : 208

SinopsisSejak menyedari kebolehan psikik, Aizad semakin lama,
semakin meminati bidang parapsikologi dan banyak membaca buku-buku mengenainya. Kali ini Aizad menerima tugas yang agak berat iaitu perlu
memusnahkan bola perak Judgement Day yang dimiliki Maximus. Bola berkenaan mampu menghapuskan manusia di bumi ini.
Aizad dan Aini kini bergabung tenaga mahu memusnahkan Maximus. Keupayaan Aizad dalam pertarungan psikik sudah mencapai tahap Dimensi Lima. Mampukah Aizad bertarung tenaga dengan pelbagai kuasa kejahatan
termasuk Guru Sandang, Zwart dan ramai lagi? Siapa
Hevignas? Mengapa kuasa kejahatan memburu Aizad?
Harga : RM14.50


Budak Psikik: Gerak Hang Tuah
Jumlah Muka Surat : 288

Aizad termakan dengan hasutan Screaming Death apabila Screaming Death berjaya menyamar sebagai Ahadiat Ahmadi iaitu ayah Aizad yang dipercayai meninggal suatu ketika dahulu.Aizad hampir hanyut dengan rasukan Screaming Death. Segala suruhan dilaksanakannya. Sedikit demi sedikit tenaga psikiknya lemah. Namun, perancangan Maximus berjaya dipatahkan lagi apabila Hang Tuah muncul bagi menyelamatkan anak muridnya, Aizad daripada terus dihasut oleh Screaming Death. Akhirnya pertarungan
psikik diadakan bagi menyaksikan kehebatan di antara Aizad dan Maximus. Pertarungan ini disaksikan oleh Hang Tuah dan Zwart Hagala serta semua golongan Hevignas dan Goedic. Siapakah yang tumpas dan siapakah yang menang?
Harga : RM18.00


Hantu Silap Mata

"Percaya dirinya mampu terbang."

Silap Mata adalah mainan hidupnya.

“Ini bukan teori gila, memang manusia ada potensi mampu mengapungkan diri di udara. Ahli agama, pengamal yoga… ada antara mereka boleh terbang. Sekiranya mahu bukti, encik semak biografi Sai Baba,
dari india. Dia juga boleh terbang.” Rasyid seakan budak kecil yang cuba menegakkan kata-katanya.
Sesiapa yang mendengarnya, pasti menganggap Rasyid gila. Namun dia yakin dengan katanya itu. Ahli silap mata adalah saintis yang nampak seperti ahli sihir. Tetapi mereka bukan ahli sihir. Mereka hanyalah genius yang suka menghiburkan orang. Rasyid adalah orang jenis ini.
Harga : RM15.00


Profiler

Teka-teki tetap akan menjadi teka-teki. Apabila tidak ada yang bisa menemukan jawapannya. Dan jika pertanyaan hanya bisa dijawab oleh pertanyaan, Maka itulah 'misteri'.
Sang Komandan yang sudah empat anak tangga di atasnya berhenti dan menoleh. Si pemanggil menuju ke anak tangga di depannya. Sang Komandan mendekati anak tangga tersebut. Dia membongkok sambil membuka sarung tangan kanannya, lalu hujung jarinya menyentuh
sesuatu pada dinding itu.
Darah!Masih hangat. Itu bererti....
"Sasaran terluka dengan tembakan kita tadi, Dan."
"Ya, sekarang kita tahu ke mana perginya." Sang
Komandan kembali memakai sarung tangannya. "Ingat
objektif kita, menangkapnya hidup ataupun mati."

Harga : RM14.00


Robotan

“Tempe direkabentuk bagi menjalankan tugas rahsia seperti pengintipan tentera, pengeboman, sabotaj dan menyelamat tebusan. Ia seolah-olah askar tunggal. Hanya berikan arahan dan koordinasi padanya, pasti semuanya selesai.”
Amin terkejut mendengar keupayaan robot kesayangannya yang berada di rumahnya itu. Zul pula masih serius.
“Amin, Tempe robot yang merbahaya! Lagipun ia bukan milik kamu, mahupun keluarga kamu! Ia adalah robot pelarian!”
Harga : RM15.00





No comments:

Loading...

Followers