Friday, August 15, 2008

Koleksi Buku Agama

Berikut adalah senarai buku-buku agama pilihan dari puluhan buku agama yang diterbitkan oleh PTS. Daripada 10 buah buku ini, saya sama ada sudah atau sedang membaca separuh daripadanya.


Buku Biografi Muhammad bin Abdullah lain daripada sekurang-kurangnya dua buah buku Nabi Muhammad saw yang pernah saya baca dalam bahasa Inggeris. Walaupun fakta sejarah tidak akan pernah berubah namun penulisan buku ini amat mesra pembaca. Terasa seronok sekali membacanya walaupun banyak fakta memang sudah diketahui.


Biografi Muhammad bin Abdullah

Inilah biografi Muhammad bin Abdullah yang menerangkan Islam dan peribadinya. Dengan memahami biografi beliau, kita dapat memahami Quran. Ini kerana banyak ayat Quran yang tidak dapat difahami
melainkan kita memahami faktor-faktor yang menyebabkan ayat-ayat itu diturunkan. Faktor itu ada pada sejarah hidup Muhammad bin Abdullah.

Buku-buku sejarah hidup Muhammad SAW dalam bahasa Melayu lazimnya ditulis oleh pengarang-pengarang beragam Islam bagi dibaca oleh orang-orang Islam.

Faktor ini menyebabkan buku-buku seperti itu engandungi banyak istilah agam yang dipinjam daripada bahasa Arab sehingga menyukarkan pembaca umum menikmatinya.

Inilah biografi Nabi Muhammad SAW yang khusus ditulis menggunakan bahasa yang dapat difahami oleh para pembaca yang tidak memahami istilah-istilah Arab. Dengan menggunakan pendekatan ini, para pembaca bukan Islam juga dapat membaca biografi ini dengan mudah.
Harga : RM49.90


Khadijah Cinta Abadi Kekasih Nabi

"Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku." -Nabi Muhammad-

"Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah.Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain (isteri-isteriku)." -Nabi Muhammad, Utusan Allah yang terakhir.

Khadijah bukan sekadar isteri seorang nabi. Dia adalah sahabat pilihan Allah. Insan pertama yang beriman, berkorban dan berjuang di sisi utusan Allah pada setiap masa dan ketika. Setiap detik dan waktu, segala harta dan seluruh jiwanya adalah didedikasikan buat Allah dan rasul.
Dia serikandi yang sentiasa bersama dalam perjuangan menegakkan syiar Islam. Dia teman tempat mengadu segala suka dan duka. Kekasih yang menenangkan jiwa dan bidadari yang melengkapi hidup seorang suami. Khadijah adalah lambang cintayang suci, tulus, mekar mewangi sepanjang zaman. Buku ini menyorot segalanya tentang kehidupan isteri, kekasih dan sahabat yang paling dicintai Rasulullah; salasilah keturunan,kerjaya, peribadi, pengorbanan dan episod cinta suci yang tidak berbelah bahagi.
Harga : RM39.00


Aisyah Keanggunan Sebenar

Keistimewaan buku ini terletak pada kajiannya berkenaan pengetahuan serta sejarah hidup Aisyah Ummul Mukminin. Sejarah mencatatkan, para sahabat banyak belajar berkenaan masalah agama dan hukum fikah daripada Aisyah. Ini kerana, pengetahuannya sangat luas dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, masalah agama serta Quran dan sunah.

Di samping itu, beliau diketahui sangat berhati-hati semasa mengulas sebarang masalah peribadi. Selain mengetahui banyak rahsia peribadi Nabi Muhammad, Aisyah juga mengisahkan banyak hadis yang didengarnya daripada beliau secara langsung.

Di dalam buku ini, penulis Sulaiman an-Nadawi mengupas kehidupan Aisyah, kedudukannya dalam bidang hadis dan fikah, pengetahuan agamanya, pandangannya dalam masalah hidup seharian, keistimewaan dan karakter peribadinya, serta pengetahuannya yang mendalam berkenaan hukum Islam. Buku ini juga mengisahkan kecerdasan Aisyah, cintanya pada sunah Nabi Muhammad, cita-citanya dalam menerapkan sunah itu ke dalam hidup orang Islam daripada segala segi, baik bersifat peribadi mahupun daripada sudut sosial.

Baca lagi di sini.

Harga : RM43.00



Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam

Mengapa seorang MAN (Mahmoud Ahmadinejad) perlu dibahas di dalam sebuah buku?

Pertanyaan ini mungkin terlontar dari mulut sesetengah orang terutama bagi mereka yang tidak mengikuti sepenuhnya situasi politik Timur Tengah yang kian panas itu.

Menurut kami, perkara ini menarik diperhatikan kerana sebenarnya banyak penjelasan yang dapat diberikan.

1) Dia bukanlah seorang politik kubu kanan ataupun kiri bahkan dia bukanlah ahli politik sama sekali.
2) Dia bukan seorang cendekiawan besar.
3) Dia bukan usahawan yang ajaib menjadi pemimpin.
4) Dia bukan perwira militer yang dapat membangunkan jaringan yang kuat dalam institusi militer yang memungkinkannya masuk ke kancah politik, apa pun risiko dan bagaimana pun caranya.
5) Dia bukan bangsawan ataupun anak seorang pahlawan yang disegani sehingga dengan mudah meraih simpati walaupun tidak mempunyai taraf pendidikan yang cukup tinggi.
6) Dia tidak juga mempunyai susuk tubuh yang besar.
7) Dia tidak pandai berdiplomasi.
8) Dia masih muda, seorang yang kuat bekerja dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada negara dan bangsa serta ideologinya sehingga dia tidak pernah panik menangani ancaman asing dan yang terpenting dia bebas rasuah, tidak mempunyai pakatan sulit dan mementingkan kaum kerabat bagi mengisi pelbagai jawatan.

Fakta-fakta di atas dan kekaguman yang luar biasa di kalangan bangsa Indonesia terutamanya para mahasiswa terhadap MAN semasa beliau berkunjung ke Indonesia adalah satu keajaiban dan dijadikan sebagai ‘kaca cermin’ bagi bangsa Indonesia.

Sebenarnya, menghadirkan visi dan pemikiran politik MAN bukanlah tujuan utama tetapi ia adalah harapan kami kepada pemimpin yang memartabatkan tanah air tercinta. Itulah yang menjadi penyuntik semangat kami berempat bagi menghadap komputer selama kira-kira satu bulan menyelesaikan penulisan buku ini.Ini bukan buku agama yang pada umumnya gagal dalam mempertahankan objektif dan penuh dengan persepsi hanya dari satu pihak tertentu sahaja. Kerana itu, buku ini ditulis dengan gaya yang tidak memberi kesan kepada minda.
Harga : RM17.00


Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman

BUKU INI bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji. Buku ini juga bukan hanya merujuk kepada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah.

Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.
Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang merunsingkan. Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji akan mendapati buku ini mempunyai nilai yang hebat. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.

Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA. Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran bidang seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility in Malaysia. Lebih daripada 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.

"Buku ini ditujukan khas kepada mereka yang senasib, mereka yang pernah menunaikan haji, manusia yang jahil tetapi mahu mencari keredaannya" - Zuarida Mohyin, Utusan Malaysia.
"Penulis berjaya mengutarakan pelbagai idea bernas yang sama sekali bukan ortodoks bagi mengubah pemikiran dan kaedah lama umat Islam dalam amalan Haji." - Professor Dr Abu Bakar Abdul Majeed, UiTM.
" Memang luar biasa profesor akaunting yang satu ini. Pembaca yang membaca buku ini akan memahami mengapa beliau seorang profesor yang lain daripada yang lain" - Pn Ainon Mohd, Chairman PTS Group & Sifu UNIKA.
"Satu catatan unggul kontemporari yang merangsang minda. " - Dermantim, pengunjung Blog Prof Kamil: ‘Kehidupan Ringkas Tetapi Signifikan"

Harga : RM26.00


Rahsia Islam di China

China, negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia, dengan jumlah populasi mencecah 1.3 bilion. Negara Tembok Besar ini pernah diperintah oleh maharaja dinasti sejak 5000 tahun dahulu sehingga menjadi sebuah negara republik pada 1912.

Pada era pemerintahan Dinasti Tang, dakwah Islam mula bertapak di bumi China dan menambat hati sebilangan rakyatnya. Hingga kini, bilangan penganut Islam melebihi 30 juta orang. Tidak banyak fakta tentang masyarakat Islam di China yang dipaparkan oleh media. Kejayaan dan keutuhan ajaran Islam yang berkembang di bawah sistem pemerintahan komunis ini juga masih misteri. Buku ini membongkar dan mendedahkan rahsia ini.

Di sebalik lingkaran kemegahan tembok besar dan legasi dinasti maharaja China, tersembunyi lipatan sejarah kegemilangan Islam di benua Asia. Bermula daripada kedatangan delegasi Saad bin Abi Waqas yang disambut baik oleh Maharaja Yung Wei dari Dinasti Tang, Islam bertapak dan terus subur berkembang di bumi China. Walaupun empayar maharaja silih berganti hingga era pemerintahan republik komunis, sinar Islam tidak pernah pudar. Malah, sejak 618 M hingga kini, dakwah Islam yang dibawa oleh sahabat Nabi Muhammad terus kukuh di bawah acuan budaya dan nilai yang tersendiri sebilangan rakyat China.

Buku Rahsia Islam di China: Gemilang Di Sebalik Tembok Besar menyajikan dimensi menarik yang tersembunyi di sebalik payung pemerintahannya. Bermula dari zaman Dinasti Tang, buku ini membawa pembaca menelusuri beberapa dinasti bersama pahit dan manis di bawah pemerintahan dinasti yang silih berganti. Ditulis dengan gaya bahasa mudah, disusun mengikut rantai peristiwa serta dikukuhkan dengan gambar dan peta sejarah.
Harga : RM23.00


Puasa sebagai Penyembuh Penyakit

“Motivasi adalah salah satu usaha bagaimana mengendalikan diri. Ia menyebabkan manusia rasa bebas daripada dibelenggu 'kebiasaan' yang mungkin dapat mendorong kemajuannya.” -M. Quraish Shihab- Penulis buku Lentera Hati, 1994

Para ahli kedoktoran berpendapat, puasa penting dalam bidang perubatan masa kini. Apabila seseorang berpuasa, secara tidak langsung ia dapat menangkan tubuh badan daripada keletihan. Manusia menjalani pelbagai aktiviti semasa melibatkan fizikal mahupun mental. Dengan berpuasa, semua ketegangan itu dapat dikurangkan. Ini bererti puasa dapat memelihara serta memperbaharui organ-organ tubuh dan menyebabkan tubuh semakin kuat.

Namun, tidak semua orang menyedari manfaat puasa. Masih ada lagi masyarakat kita yang tidak menjalani hukum wajib ini. Dengan membaca buku ini dapat meleraikan segala pertanyaan dan keraguan mengenai kewajipan berpuasa.
Harga : RM16.00


Dato' Dr Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian

Buku ini menjelaskan persoalan fikah dalam kehidupan seharian secara praktikal. Pendekatan ataupun (penulisan dalam bentuk) soal jawab memudahkan pembaca memahami setiap aspek fikah dalam kehidupan seharian. Hasil tangan tiga tokoh ulama terkenal ini pasti tidak akan menghampakan.

Hari ini, umat Islam Malaysia diasak dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk pemikiran, gagasan dan cara fikir moden yang mencabar kehormatan dan kemurnian akidah Islam. Islam liberal dari Indonesia, fahaman 'wahhabi' dari Thailand, cara fikir Syiah dari Iran dan ombak feminisme-pluralisme agama dari Malaysia sendiri adalah realiti pahit yang terpaksa ditelan jua. Semuanya secara tidak langsung menggugat akidah umat Islam. Kesannya, wujud pelbagai versi praktis Islam di Malaysia. Mangsa utama yang paling awal terkena bahang ini adalah generasi muda yang dangkal ilmu agama.

Ramai orang selalu keliru berkenaan hukum hakam Islam terutamanya dalam persoalan harian meliputi solat, zakat, puasa, haji dan pergaulan. Justeru, kemunculan buku Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian ini adalah bagi menjernihkan segala kekeliruan umat Islam terutamanya semasa mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian.
Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah:

1.Jawapan lengkap kepada segala persoalan umum berkenaan praktikal Islam dalam kehidupan seharian terutamanya dalam aspek ibadah dan pergaulan. Jawapan kepada persoalan:
Adakah sama cara menyamak anggota tubuh yang tersentuh anjing ataupun khinzir dengan cara menyamak kulit binatang?Benarkah kentut sekali batal wuduk dan kentut dua kali tidak batal?Mengapakah kita dimatikan?
2.Penjelasan melalui konsep soal jawab yang ringkas, mudah dan padat. Sesuai dijadikan panduan setiap generasi sama ada tua ataupun muda.3.Jawapan kepada beberapa persoalan yang tidak pernah terfikir oleh kita walhal ia penting. Apakah persoalan-persoalan itu, milikilah buku ini dan pastinya anda terkejut, mengapakah saya tidak terfikir?
Penulis buku ini iaitu tokoh agama tiga beradik, Ustaz Ishak Din, Prof. Dato' Dr. Haron Din dan Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz adalah ulama yang pakar dalam bidang fikah. Ilmu, kefahaman dan pengalaman mereka ditumpahkan dalam buku ini secara mudah dan praktikal. Justeru, menjadi satu kerugian seandainya buku ini tidak dimiliki.
Harga : RM26.00



Quran Saintifik

"Mengkagumkan! Buku ini mengupas secara komprehensif bukti-bukti sains yang membenarkan kandungan Quran dan mampu meningkatkan lagi keimanan seseorang apabila membaca dan memahaminya. Pelbagai aspek seperti penciptaan alam, kejadian manusia, pemakanan, matlamat hidup dan sebagainya diolah dengan begitu menarik sekali. Ia adalah buku yang mesti berada dalam simpanan kita dan boleh dijadikan hujah bagi menegakkan kebenaran berdasarkan fakta dan wahyu. Syabas!"
Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D
Harga : RM31.00



Quran Quotient

Buku ini penting dibaca kerana ia menjelaskan secara terperinci bagaimana kita memanfaatkan kandungan Quran menjadi potensi yang mendorong lahirnya kecerdasan. Justeru, selain daripada melafazkannya, kita juga memperoleh manfaat besar daripadanya. Ary Ginanjar Agustian Penulis buku bestseller “ESQ”
Quran adalah mukjizat terbesar manusia. Ia adalah kitab suci yang mengandungi pembahasan komprehensif gaya bahasa indah. Quran itu luar biasa justeru ia memiliki beberapa nama seperti al-Kitab (buku ataupun tulisan), al-Bayan (penjelas), al-Furqan (pemisah) dan al-Syifa (ubat). Nama-nama ini wujud kerana banyak fungsi al-Quran dalam kehidupan manusia. Fungsi ini juga adalah dasar bagi pembentukan kecerdasan manusia.

Quran menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada manusia melalui pelbagai bentuk informasi, nasihat, pesanan dan nilai-nilai murni. Namun, bagi mencapai ke arah itu, seseorang perlu melalui proses yang ditentukan oleh Quran. Antara proses yang dimaksudkan adalah seperti memiliki kesedaran, menyerah diri, membaca, mendengar, memerhati, mempelajari, memikirkan dan sebagainya. Selepas memperoleh kecerdasan, seseorang tidak boleh berhenti di situ sahaja. Kecerdasan itu perlu diteruskan dan konsisten supaya ia bermanfaat bagi kehidupan sama ada bagi diri sendiri ataupun orang lain.
Kehadiran buku ini membuktikan tidak ada perkara sia-sia di dalam Quran. Seluruh aspek yang terdapat di dalam Quran disediakan khas bagi manusia. Hanya manusia sahaja perlu berusaha memahami, menggali dan mendalaminya.
Harga : RM29.00

No comments:

Loading...

Followers