Monday, August 25, 2008

Komik Ibadah untuk Kanak-kanak (dari 6 tahun ke atas)

Bintang Jatuh

Komik ini mengisahkan kisah lucu Rahim dan rakan-rakannya.

Apa yang adik-adik akan minta sekiranya ternampak bintang jatuh dari langit? Minta makanan? Mahu jadi kaya? Ataupun mahu minta permainan yang banyak? Walau apa pun yang adik-adik mahukan, mintalah dengan Allah swt. Bukan dengan bintang, bulan ataupun matahari. Jangan ikut perangai Rahim dan kawan-kawannya yang nakal. Tetapi walaupun mereka nakal, mereka rajin belajar. Ikuti pelbagai kisah lucu Rahim dan kawan-kawannya dalam komik ini.
Harga : RM5.90


Persahabatan yang Indah
Jumlah Muka surat : 48

Cerita lucu antara dua orang sahabat.
Azam dan Adi bersahabat baik. Azam adalah budak yang rajin manakala Adi adalah budak yang malas. Azam sering memberi nasihat kepada Adi supaya mengubah sikapnya. Sepanjang persahabatan mereka pelbagai kisah lucu yang terjadi.
Dapatkan komik ini dan ikuti kisah persahabatan mereka.

Harga : RM5.90



Keajaiban Hidupan Air

Tambahkan pengetahuan adik-adik mengenai hidupan laut menerusi komik ini.

Hai! Kawan-kawan! Adakah kawan-kawan tahu mengenai hidupan air? Subhanallah... sungguh ajaib! Ada pelbagai jenis hidupan. Ada ikan yang terbang, ikan yang mengandung, katak yang menyanyi dan boleh melekat di pokok dan berbagai lagi! Oh ya! Kawan-kawan hendak tahu bagaimana ketam berjalan dan cara ikan tidur.Menarik bukan? Tunggu apa lagi? Cepat baca komik ini. Insya Allah, kawan-kawan mendapat pengetahuan baru.

Harga : RM8.90


Keajaiban Hidupan Darat

Tambahkan pengetahuan adik-adik mengenai hidupan darat menerusi komik ini.
Banyak sungguh binatang yang terdapat di daratan, ya adik-adik. Ada yang berlari, melompat, berenang dan terbang. Tahukah adik-adik apa fungsi misai kucing? Berapa banyak unta makan dan minum? Pelbagai lagi tabiat serta fungsi anggota badan haiwan yang dapat adik-adik pelajari di dalam komik ini. Jadi apa lagi yang adik-adik tunggu. Dapatkan komik ini bagi menambah koleksi sumber pengetahuan adik-adik.

Harga : RM8.90


Keunikan Dunia Burung
Jumlah Muka surat : 48

Pelajari dan ketahui keunikan dunia burung.
Assalamualaikum...Kawan-kawan sudah dapatkan keajaiban Hidupan Air dan Keajaiban Hidupan Darat? Sekarang baca pula kisah keunikan dunia burung. Ada burung yang boleh terbang, ada pula burung yang tidak boleh terbang. Ada burung yang pantas berlari dan tendangannya boleh merobek seekor singa.Banyak lagi informasi mengenai dunia burung yang dapat adik-adik perolehi menerusi komik ini.

Harga : RM8.90

No comments:

Loading...

Followers