Tuesday, September 16, 2008

Koleksi Best Seller Buku Agama


Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden

Buku ini ditunggu-tunggu kerana ia ditulis oleh seorang pengamal perubatan moden yang menerangkan bukti-bukti saintifik berkenaan amalan-amalan kesihatan Nabi Muhammad.

Dr. Danial membuktikan perubatan Islam secara saintifik dengan mengemukakan penemuan-penemuan sains semasa, baik yang dihasilkan oleh ahli-ahli sains Islam mahupun Barat, atas prinsip Islam menerima hikmah dan ilmu pengetahuan yang baik daripada mana-mana sumber.

Lazimnya buku-buku perubatan Islam ditulis oleh mereka yang lulus bidang pengajian Islam di mana buku-buku seperti itu hanya menerangkan ayat-ayat suci dan doa-doa. Faktor inilah yang menyebabkan individu-individu berpendidikan moden sangsi akan kemujaraban perubatan Islam. Mereka mahukan buku perubatan Islam yang berkomunikasi dengan mereka berdasarkan hujah-hujah rasional dan saintifik.

Doktor yang mengarang buku perubatan Islam tetapi tidak menerangkan ayat-ayat suci dan doa-doa, lazimnya karya seperti itu disangsikan oleh individu-individu yang berpendidikan aliran Islam kerana mereka meragui penguasaan ilmu agama si pengarang.

Karya Dr. Danial Zainal Abidin ini begitu meyakinkan kerana beliau fasih dalam bahasa Arab dan mempunyai pengetahuan agama yang mendalam.


Harga diskaun: RM28.00





Revolusi IQ, EQ, SQ




• Apakah faktor yang membezakan kecerdasan Albert Einstein, Mike Tyson dan Michael Ballack dengan Adnan Okhtar (Harun Yahya), Dr. Zakir Abdul Karim Naik dan Ahmadinejad?

• Penjelasan lengkap dan terperinci mengenai proses minda manusia bekerja dan bagaimana emosi dan spiritualiti menempatkan diri dalam struktur minda.

• Apakah yang dikatakan mukjizat bahasa Quran dan bagaimana ia berperanan dalam menjelaskan kecerdasan minda manusia?

• Jawapan kepada persoalan mengapa Fikir, Zikir, Ilmu dan Nadzar dikatakan sebagai medan semantik minda manusia.


Harga diskaun: RM39.50







Terapi Solat Tahajud


Solat tahajud memiliki manfaat praktis, baik daripada segi keagamaan mahupun daripada segi kesihatan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Tirmizi yang bermaksud, 'Solat tahajud dapat menghapus dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit.'


Antara Kandungan Buku ini:-

  • Daripada Makna Keagamaan kepada Pembuktian Sains
  • Anatomi Sistem Kekebalan Tubuh Imunologik
  • Fungsi Sistem Limbik dan Peranan Kunci Hipotalamus
  • Kelenjar Adrenalina dan Rembesan Kortisol
  • Kesan Kortisol pada Sistem IMUN
  • Stres, Coping Mechanism dan Ketahanan Tubuh
  • Imunologi Komunikasi antara Sel dalam Sistem Imun
  • Sistem Ketahanan Tubuh Imunologik
  • Gerak Balas Ketahanan Tubuh Non-Spesifik
  • Gerak Balas Ketahanan Tubuh Spesifik
  • Protein Antibodi (Imunoglobulin) Neuropeptida dan Sel Imunokompeten
  • Psikoneuroimunologi
  • Solat Tahajud Analisis Makna Islam Keseluruhannya
  • Niat Ikhlas dan Hakikat Khusyuk dalam Solat
  • Hakikat Khusyuk dalam Solat
  • Hakikat Solat Tahajud
dan banyak lagi maklumat dalam buku ini.

Harga : RM23.00





Harga: RM20.00 (bagi edisi jimat) 

No comments:

Loading...

Followers