Sunday, June 28, 2009

Yakjuj & Makjuj, Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain?


Harga : RM31.50
Pengarang: Dr Muhammad Alexander Wisnu Sasongko

Buku Yakjuj & Makjuj ini terjual hampir 13,000 naskhah hanya dalam tempoh 6

minggu selepas ia diterbitkan.

Buku ini tidak dilesen dari penerbit Indonesia. Manuskripnya dihantar terus oleh Bapak Wisnu

kepada PTS, berkat beliau membaca blog UNIKAPTS ini.

Kini beberapa penerbit Indonesia sedang berebut mahu melesen

n buku ini dari PTS.


Maklumat disalin daripada http://universitipts

.com/index.php/P60/


Saya salin daftar isi kandungan buku ini untuk tatapan bersama:-

  1. Mengenali Inskripsi Yahudi
  2. Suara-suara dari Padang Gurun tentng Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj
  3. Genealogi Yakjuj dan Makjuj dalam Inskripsi Yahudi
  4. Gerombolan Nomad Scythia adalah Gog Magog
  5. Sejarah Timur Tengah dan Yahudi: Penglibatan Bangsa Barbar Scythia
  6. Serangan Yakjuj dan Makjuj ke atas Kerajaan Hitti, Urartu
  7. Serangan Yakjuj dan Makjuj ke atas Samaria , Israel
  8. Serangan Yakjuj dan Makjuj ke atas Nineveh, Assyria
  9. Serangan Yakjuj dan Makjuj ke atas Jerusalem
  10. Nabi Ezekiel Memaklumkan Kedatangan Gog Magog
  11. Nabi Yunus Mengingatkan tentang Yakjuj dan Makjuj
  12. Nahum dapat Melihat Dekatnya Kehancuran Nineveh
  13. Amos dan Joel Mengibaratkan Keluarnya Gog Magog seperti Serangan Belalang
  14. Peringatan Nabi Jeremiah dan Kebebalan BAni Israel tentang Bahaya Gog Magog
  15. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj pada Akhir Zaman dalam Inskripsi Yahudi
  16. Jawapan Putar Belit Evangelis Barat tentang Gog Magog

Sebagai cadangan peribadi, buku yang boleh dipasangkan dengan Yakjuj & Makjuj adalah buku ini:-

Harga : RM17.50

Saturday, May 23, 2009

Koleksi Siri My... & Dear Yayah


Koleksi lengkap buku-buku bacaan remaja yang tertera di atas ada dalam stok. Sekiranya ada di antara pengunjung blog ini ingin membelinya, sila sms 016 9904568.

Sunday, May 3, 2009

Semalam di Saujana Impian

Semalam seorang lelaki Cina datang ke gerai saya yang hanya menjual buku-buku PTS. Sebaik melihat beliau melihat-lihat buku, saya kata, "Di sini buku melayu sahaja yang ada."

"Tidak ada buku Inggeriskah?"

"Tidak ada. Tapi, buku melayu ini boleh difahami oleh kanak-kanak sepuluh tahun."

Beliau capai buku-buku yang berjudul Menjadi Jutawan MLM, Berubah Menjadi Kaya, Buat Duit dengan MLM. Nampaknya kesemua buku berkaitan MLM menjadi minatnya.

Salah sebuah buku tersebut berjaya dijual.


Saturday, April 11, 2009

Pesta Buku Antarabangsa daripada 17hb hingga 26hb April 2009

Mari kita sama-sama memeriahkan pesta buku Kuala Lumpur pada tarikh yang dinyatakan di atas. Pihak PTS akan berada di gerai Nombor 72 - 79, sebelah Dewan Tun Hussein Onn di PWTC sepanjang minggu pameran tersebut.

Bagi peminat novel karya Taufiqurrahman, novel Syahadat Cinta akan dijadikan salah sebuah novel yang akan dibicarakan pada 26hb April 2009, dari jam 4 petang hingga 5 petang. Moderator bagi program ini adalah novelis Salina Ibrahim (penulis novel Bukan Yang Pertama).

Friday, March 13, 2009

Buku baru terbit bagi bulan Mac 2009


Harga: RM15.00

Harga: RM18.00


Apabila Bola Melantun


Harga : RM13.00


Ini adalah salah sebuah buku cerita kanak-kanak yang laku keras di mana-mana saya berjualan. Ramai di antara anak-anak yang minta dibelikan buku ini berusia 7 tahun ke atas. Mungkin pengaruh bola sepak hari ini mempengaruhi minat mereka.

Thursday, March 12, 2009

Buka Gerai Buku di pekarangan Masjid Negeri Shah Alam, 14 Mac 2009, 9pg hingga 2 petang

Sebaik pulang dari sekolah senja semalam, Luqman bertanya, "Ayong, boleh tak kawan Man ikut kita pergi menjual Sabtu ni? Tapi dia perlu minta izin dari ibunya dulu. Dia mahu ikut sebab tidak mahu tinggal di rumah dengan saudaranya. Ibunya tiada di rumah Sabtu ni."

Ketika itu, saya dan kakak pembantu sedang menyiapkan makan malam. Selepas mendengar soalannya, saya diam berfikir lalu menjawab sambil memandang ke wajahnya, "Boleh. Bagus juga kalau ramai yang datang memeriahkan gerai buku kita nanti."

Untuk acara pada hari Sabtu nanti, ketiga-tiga anak saudara saya, Luqman 10 tahun, Amira 8 tahun dan Sarah 5 tahun akan ikut berniaga buku di gerai.

Mereka tidak berasa ganjil (atau mungkin masih muda) melihat ibu saudara mereka berjualan di gerai-gerai buku, malah seronok pula kerana dapat ikut serta. Sarah, walaupun baru 5 tahun, namun dia anak yang cerdas. Sering meminta saya membacakannya buku, hanya saya yang kadang-kadang rasa terganggu dengan permintaannya. Dialah yang paling seronok mengikut saya kerana nanti dia dapat melihat dan menyelak halaman-halaman buku nanti walaupun baru kenal huruf dan bunyi. Anak-anak ini memang tidak dibenarkan membaca buku untuk jualan di rumah.

Tiba-tiba keluar pula rancangan untuk menjual setem. Saya mempunyai 6 album setem besar penuh dengan koleksi setem seluruh dunia, dikumpul sejak saya 16 tahun. Hmm, minda memang mudah bercambah apabila sesuatu rancangan itu melibatkan kanak-kanak!

Oh ya, bagaimana pula dengan buku-buku terpakai milik saya? Hmm, banyaknya benda yang boleh dijual! Buku ini mahu dijual agar saya dapat menampung kos membeli buku PTS nanti!

Ibu kawan Luqman bertanya boleh tumpang jual majalah sekali? Hmm, nampaknya kawannya sudah dapat lampu hijau untuk turut menyertai kami Sabtu nanti!

Selain keseronokan berniaga (harap-harap hujan tidak turun pagi itu... Amin), mereka dijanjikan upah RM20 seorang.

About Me

My Photo
Hasnah
gemar membaca, jadi dia sekarang menterjemah sambil berniaga buku terbitan PTS online dan offline, gemar melihat wanita cantik semakin cantik, jadi kini menjual tudung-tudung yang cantik dan blaus muslimah yang juga cantik-cantik. Kini mula berkecimpung dalam industri kecantikan sebagai perunding kecantikan Mary Kay demi membantu wanita mencapai impian memiliki kulit wajah yang sihat dan berseri.
View my complete profile

Blog Archive

Loading...

Followers